
Oleh : DHPP Negeri Selangor
Damansara, Selangor | 22 September 2020
Yang-Dipertua PAS Kawasan Damansara Ustaz Mohd Fadli B Ghani telah menerima sebanyak 98 borang keahlian baru DHPP bagi Kawasan Damansara. Serahan dibuat oleh Sdr. Francis selaku Ketua Penaja DHPP Kawasan Damansara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua penaja dan seluruh Ajk DHPP Kawasan Damansara dalam usaha menambah keahlian baru DHPP seramai 98 orang.

Hadir sama dalam Program pelancaran berkenaan ialah Timbalan Yang-Dipertua PAS Kawasan Damansara Tuan Hj Rahman, Timbalan Ketua DHPP Selangor Sdr. Radhakrishnan, Naib Ketua DHPP Selangor Francis@sasi & Rajan, Ketua Pemuda DHPP Selangor Sdr. Sandramogan dan Tuan Amzar Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara kerana hadir bagi meraikan Pelancaran Keahlian Baru DHPP Kawasan Damansara.

Tidak ketinggalan dilihat Dato K Deepakaran Ketua DHPP Negeri Selangor turut kelihatan hadir di Majlis Pelancaran berkenaan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor