Home Berita PAS Pahang

Pelancaran As Sabiqun peringkat kawasan Lipis

2093
SHARE

LIPIS – As-Sabiqun PAS Kawasan Lipis telah selamat dilancarkan oleh Tuan Haji Subky Latif Pengerusi As-Sabiqun PAS Pusat pada 3 Disember 2017 sempena majlis himpunan H400P di Kota Istiqomah Lipis. Dalam ucapannya, Tua Hj Subky menyebut beberapa perkara, antaranya:

1) Signifikannya Pahang menjadi negeri pertama melancarkan As-Sabiqun ini manakala di peringkat kawasan pula, Lipis menjadi kawasan yang pertama.

2) As-Sabiqun disebut dalam al-Quran (Al-Waqiah 10-12) memberi makna orang yang menduhului membantu dalam menegakkan Islam dan dijanjikan Syurga oleh Allah. Golongan yang mendahului dalam gerak kerja PAS sangat banyak berjasa, mudah-mudahan mereka juga mendapat ganjaran yang sama.

3) Manusia ini sentiasa dalam kerugian (maksud QS Al-Asr 103) untuk mengurangkan kesan kerugia n itu kenalah berpesan-pesan kepada kebaikan.

4) Golongan As-Sabiqun ini masih boleh memberi sumbangan, setidak-tidaknya memberi pandangan kedua kerana mereka masih teguh berdiri di belakang imam. Peranannya sama seperti para makmum yang solat di belakang imam, jika imam tersilap, makmum boleh membuat teguran, maka dengan itu solat menjadi lebih sempurna.

5) Penubuhan As-Sabiqun adalah satu penghargaan kepada golongan tua dalam PAS. Adakala mereka diingati dan ada pula ketikanya mereka dilupakan, tetapi jangan kecewa jika dilupakan kerana orang PAS sentiasa sibuk melaksanakan tanggungjawab perjuangan. Beliau sendiri berpesan kepada keluarganya agar jangan berkecil hati jika orang PAS tidak memberi perhatian kepadanya. Beliau sedih jika orang PAS tidak bekerja tetapi masanya diguna untuk mengunjunginya.

6) Merayu kepada yang telah keluar daripada perjuangan menegakkan Islam ini supaya kembali bersama dengan perjuangan PAS.

7) Bersyukur kerana Kuala Lipis sudah melalui banyak perubahan antaranya mempunyai jalan yang baru. Itu bukan kerana UMNO yang memerintah tetapi jika PAS yang memerintah, kemajuan yang sama tetap berlaku, mungkin lebih baik daripada apa yang ada ini.

8) Mencabar orang muda supaya lebih bersemangat, “Malulah orang muda jika orang tua seperti kami masih bersemangat.”

9) Di Malaysia ada lebih 300,000 orang ahli PAS yang layak menyertai As-Sabiqun dan mengharapkan mereka menyertainya sebagi tenaga sokongan kepada perjuangan PAS.