Home Berita PAS Perak

Pelajar Tahun 6 SK Tanjung Piandang Mati Lemas | Khabar DUN Perak

694
SHARE
PARIT BUNTAR – YB Tuan Haji Razman ziarah keluarga mangsa lemas di Parit Tali Air Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang.
Ketibaan YB yang juga merupakan Pengerusi Pendidikan, pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak disambut ahli Majlis Daerah Kerian Tuan Haji Hayat Mokhtar yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar.
Suasana sedih jelas menyelubungi keluarga arwah Nur Farah Dania Abdul Rahman yang juga merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang.
Menurut sumber yang diterima kejadian berlaku ketika mangsa bersama tujuh lagi rakannya mandi di tali air berkenaan petang semalam.
Ketika kejadian terdapat seorang pemancing yang berada di kawasan berhampiran menyedari dua dari kumpulan kanak-kanak tersebut dalam keadaan hampir lemas.
Beliau kemudiannya bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamatkan mereka walau bagaimanapun seorang sahaja yang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi gagal ditemui.
Saksi kemudiannya meminta pertolongan orang kampung dan sekitar jam 6.30 petang barulah mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak jauh dari lokasi kejadian.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas klinik dan mayatnya di bawa ke unit forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah telah diserahkan kepada waris.
YB menyantuni keluarga mangsa dan menasihati mereka agar bersabar dalam menghadapi ujian.
Sumbangan tunai peribadi turut diserahkan kepada waris mangsa.