Home Berita PAS Pulau Pinang

Pelajar PASTI Hj Zabidi Ikuti Lawatan Sambil Belajar di Sekitar Bandar Taiping

2022
SHARE

Oleh: Khatijah Abd.Hamid
PERMATANG PAUH |23 November 2017 | Khamis

Pengurusan PASTI Hj. Zabidi, Kg Pertama telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sekitar Bandar Taiping pada hari ini.

Seramai 36 orang pelajar yang terdiri dari pelajar lima dan enam tahun, di kawal selia oleh tiga orang tenaga pengajar, serta tiga orang AJK terlibat dalam lawatan ini.

Seawal jam 7.00 pagi mereka telah berkumpul di dataran Masjid Batu seterusnya bertolak pada jam 8 pagi. 
Pelajar dibimbing untuk memulakan perjalanan dengan membaca surah Al-Fatihah dan doa mula perjalanan.

Persinggahan pertama ialah Zoo Taiping. Pelajar diperlihatkan dengan pelbagai jenis haiwan. Dapat dilihat riak wajah pelajar yang amat gembira dan teruja. Ada di antaranya yang pertama kali sampai ke tempat ini.

Mereka turut berpeluang menaiki keretapi zoo dan seterusnya berjalan kaki mengakiri lawatan ke seluruh Zoo Taiping. 

Kemudian pelajar dibawa berehat dan bersantai di  pesisiran jalan menuju ke puncak Bukit Larut.
Seusai Solat Zohor mereka bergerak ke  Muzium Perak. Di sini mereka dapat melihat pelbagai hasil tinggalan sejarah yang dipamerkan. 

Lawatan sambil belajar ini tamat pada jam 4.00 petang. Walaupun agak keletihan, pastinya banyak perkara yang telah mereka pelajari.
Lawatan sambil belajar sebegini amat bagus untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia luar serta menghubungkaitkan apa yang telah mereka pelajari di dalam kelas. 
Pelajar PASTI akan menjadi lebih bijak dan kreatif dalam berinteraksi dengan alam serta masyarakat di luar sekaligus  mengaplikasikan adab-adab bermusafir  dan kepentingan menjaga waktu solat walau dalam perjalanan jauh.