Home Berita PAS Perak

Pelajar PASTI Dan Bapa Saudara Kemalangan

533
SHARE

Pelajar PASTI Dan Bapa Saudara Kemalangan


GOPENG : Pelajar PASTI dan bapa saudaranya cedera ringan dalam kemalangan ketika pulang dari sesi persekolahan, 23 Mei lalu.

Menurut Pengurus PASTI, Ustaz Idris Hamzah, kejadian berlaku kira-kira tengahari itu ketika melalui selekoh pulang mengambil anak saudaranya dari PASTI Sinaran Wahyu.

Tayar depan mtorsikalnya pancit dan tidak dapat dikawal lalu terbabas namun sempat memeluk anak saudaranya(Syafiqah) semasa tercampak ke atas jalan raya.

Mereka mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Gopeng dan Syafiqah mengalami luka di lengan, bibir dan lutut manakala bapa saudaranya mengalami luka di lutut,tangan, siku dan tercabut kuku ibu jari.

AJK Pengurusan PASTI Sinaran Wahyu Gopeng hari telah mengunjungi keluarga mangsa tersebut di Changkat Legong, Kota Bharu dan menyalurkan sumbangan kebajikan bukti keprihatinan dari pihak PASTI.

{jathumbnail off}