Home Berita PAS Sabah

Pelajar OKU terima bantuan

45
SHARE

Oleh : Mohd Safwan Mohammad
4 Januari 2024

SEMPORNA : Menghargai kesungguhan dalam mempelajari Al-Quran dan fardhu ain, orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan bantuan bakul makanan.

Sumbangan tersebut daripada Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (BKKS) PAS Sabah dengan kerjasama PAS Semporna dan badan bukan kerajaan (NGO) Sabah Relief di Masjid As-Salam, di sini kelmarin.

Pelajar mengaji OKU itu terdiri daripada lapan orang, telah mengikuti kelas pengajian setiap hari selasa manakala teras pengajian yang di pelajari adalah fardhu ain, iqra dan al-Quran brille.

Pemberian bantuan bakul makanan itu bertujuan bagi membantu menampung kos perbelanjaan dapur pelajar tersebut yang juga merupakan golongan asnaf.

Menurut Pengerusi BKKS PAS Semporna, Razis Asparin, mereka merasa kagum dengan semangat pelajar OKU terbabit yang berusaha mempelajari ilmu agama dan kekurangan dari segi fizikal serta kewangan bukan alasan untuk tidak belajar.

Sementara itu, guru mengaji, Aznah Tandek mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dan berharap lebih ramai lagi turut sama membantu menggurangkan beban pelajar terbabit.