Home Berita PAS Pahang

Pelajar MTIS terima Anugerah Khas Angkasawan Negara

81
SHARE

OLEH : KHAULAH AL AZWAR

TEMERLOH, 28 Mac – Dua orang pelajar Maahad Tahfiz Istiqamah (MTIS), Temerloh berjaya merangkul Anugerah Khas Angkasawan Negara dalam Majlis Grand Launching Keedflix Quranic Academy & Ramadan Grand Iftar 2024 berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), semalam.

Abdullah Asa’d Mohd Nasir dan Nur Aisyah Nasuha Mohd Isa, masing-masing membawa pulang hadiah berupa plak dan wang bernilai RM1000.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muzaffar Shukor diiringi Tuan Azri Jemani, Pengarah Eksekutif Keedsflix International Sdn Bhd.

Turut hadir, mudir Maahad Tahfiz Istiqamah, Ustaz Mohd. Zarimi Abu Zih bersama tiga orang lagi guru lain.

Ustaz Zarimi di dalam ucapannya merakam sekalung penghargaan kepada Dr. Sheikh Muzaaffar dan warga Keedflix atas jemputan dan anugerah yang diberikan.

“Moga anugerah yang diterima itu mampu menjadi pemangkin untuk anak-anak ini terus cemerlang pada masa hadapan,” ujarnya.

Beliau turut diberi ruang memberi penerangan berkenaan Maahad dalam sesi temubual bersama pengerusi jemputan, DJ Sofian dari IKIM.fm.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh juara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-9 di Kuwait pada 2018,
Ustaz Azraie Abdul Hak.