Home Berita PAS Sabah

Pelajar cemerlang SPM terima penghargaan

136
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
21 Jun 2023

SEPANGGAR: Lebih 20 orang pelajar cemerlang SPM 2022 sekitar Sepanggar menerima penghargaan daripada ADUN Dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, kelmarin.

“Terbanglah tinggi mana sekalipun tetapi jangan lupa tanah tercinta kita, negeri Sabah,” tulis beliau dalam media sosialnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Sabah berkata, majlis tersebut bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelaja agar terus mengejar cita-cita dan impian masing-masing seterusnya kembali berbakti kepada negeri kelahiran mereka.

Aliakbar turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa pelajar yang merupakan individu penting dalam kejayaan anak-anak mereka.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Sepanggar, Ummu Amirah Ali dan Pengerusi Persatuan Siswazah Sabah Kota Kinabalu, Siddiq Bakri.