Oleh: Fatiha Mohammad
13 Februari 2023
KINABATANGAN: Majlis Anugerah Prestasi (MAP) yang diadakan semalam adalah untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan murid-murid PASTI dan pelajar-pelajar SRITI.
Majlis ini dilaksanakan serentaku bertujuan untuk mempromosi SRITI kepada ibu bapa murid-murid PASTI kawasan Kinabatangan selain daripada meraikan para pelajar yang cemerlang.
Seramai 124 orang murid daripada 7 Cawangan PASTI Kinabatangan telah hadir menerima Sijil Tamat PASTI, anugerah celik Al-Quran, celik bahasa, celik Sahsiah, celik Minda dan celik Cerdas. Manakala 19 orang pelajar SRITI menerima anugerah berdasarkan pencapaian akademik mereka.
Anugerah Tokoh Murid PASTI Terbaik telah disandang oleh Nur Amani Humairah binti Sobri dari PASTI Darul Baroqah.
Manakala penerima Anugerah Gred Prestasi Cemerlang SRITI adalah Aqilah Husna Azzahra binti Mohamad Ali (Tahun 1), Mohammad Arsyad Faizan bin Mohd Sharezan (Tahun 2) dan Mezzmayzahraa Salsabila Abarasa binti Mezzriafil Fiqry (Tahun 3).