Home Berita PAS Sabah

Pelajar Cemerlang dan Kanak-Kanak Dirai dalam Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Kinabatangan

8
SHARE

Oleh: Fatiha Mohamad
01 Mei 2025

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan mengadakan sambutan Hari Raya dengan meriah, meraikan pelajar cemerlang dan anak-anak dari TASTI, PASTI, SRITI serta Mini Tahfiz.

Majlis menyaksikan penyampaian hadiah kepada pelajar SPM cemerlang dari SMK Bukit Garam 1 dan SMK Bukit Garam 2, selain agihan duit raya kepada murid-murid.

Pertandingan booth tercantik turut dianjurkan dengan PASTI Darul Itqan dinobatkan sebagai Johan, diikuti PASTI Darul Ulum sebagai Naib Johan dan PASTI Darul Huffaz di tempat ketiga.

Dalam ucapannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla, berkata program ini bukan sahaja menjadi platform meraikan kejayaan anak-anak Kinabatangan, malah sebagai medan mempereratkan ukhuwah dalam masyarakat.

“Alhamdulillah, program ini penting untuk membina semangat komuniti dan meraikan kejayaan generasi muda kita. Usaha seperti ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru serta seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga usaha dan kerjasama erat ini dapat diteruskan demi kebaikan dan kemajuan masyarakat kita,” tambah beliau.

Program diakhiri dengan jamuan raya dan sesi bergambar bersama tetamu.