Home Berita PAS Terengganu

Pelaburan RM3.18 bilion pacu daya saing Terengganu

13
SHARE

KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu berjaya menarik pelaburan sebanyak RM3.18 bilion bagi tahun 2024 yang bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri sebagai destinasi pelaburan berdaya saing, tetapi juga membuka 5,400 peluang pekerjaaan baharu untuk rakyat, demikian Titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sehubungan dengan itu, Sultan Mizan bertitah agar Kerajaan negeri terus menggandakan usaha menarik lebih ramai pelabur bagi meneroka potensi besar yang terdapat di Terengganu demi manfaat rakyat dan negeri.

Titah Tuanku, jentera pentadbiran negeri juga mesti bertindak dengan lebih cekap, responsif dan proaktif dalam memenuhi keperluan pelabur, sekali gus mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi dan pelaburan berkualiti.

“Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, Beta yakin Negeri Terengganu akan terus maju sebagai negeri yang makmur dan berdaya saing dengan sumber pendapatan yang pelbagai dan lestari, ” titah Sultan Mizan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kelima Belas.

Baginda bertitah, pada tahun 2024 Negeri Terengganu berjaya menarik pelaburan sebanyak RM3.18 bilion yang bukan sahaja mengukuhkan kedudukan negeri sebagai destinasi pelaburan berdaya saing, tetapi juga membuka 5,400 peluang pekerjaaan baharu untuk rakyat.

“Pelaburan ini merangkumi pelbagai sektor dengan 98 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan, manakala selebihnya oleh sektor pelancongan.

“Perancangan pembangunan industri yang mampan ini sudah pasti akan menyokong pertumbuhan jangka panjang dan meningkatkan daya saing negeri,” titah baginda.