Home Berita PAS Terengganu

Pejabat Daerah Kuala Terengganu juara Pertandingan Bangsal Tradisi

28
SHARE

KUALA TERENGGANU – Pejabat Daerah Kuala Terengganu diisytiharkan sebagai juara Pertandingan Bangsal Tradisi sempena Karnival Pantai Terengganu (KPT) 2024 yang diadakan di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, di sini.

Pejabat itu berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000.

Manakala tempat kedua dimenangi Pejabat Daerah Marang, membawa pulang hadiah RM30,000 dan tempat ketiga pula diraih Pejabat Daerah Hulu Terengganu, layak membawa hadiah RM15,000.

Lima daerah lain menerima saguhati masing-masing bernilai RM5,000.

Kesemua hadiah diserahkan dalam bentuk geran pelaksanaan program pelancongan di daerah pelaksana tahun 2025.

KPT 2024 berjaya merekodkan lebih 150,000 pengunjung dan pelancong sepanjang empat hari program berlangsung iaitu bermula 17 hingga 20 Oktober 2024.

Puluhan aktiviti kebudayaan, makanan tradisi yang jarang jumpa, permainan klasik, bangsal tradisi antara faktor KPT 2024 mendapat sambutan diluar jangkaan.