Home Artikel PAS Pahang

Pejabat Adun Jengka siapkan rumah warga emas

161
SHARE
Pak Deris yang mewakili Adun Jengka, meninjau perkembangan rumah Makcik Kamariah 

Keprihatinan dan ketekunan petugas-petugas Pusat Khidmat Masyarakat Adun Jengka dalam tugas-tugas kebajikannya, patut dipuji dan dicontohi.

 

Jengka, Ustaz Shahril Azman al-Hafiz, memberitahu, sehingga kini rojek menyiapkan bilik Makcik Kamariah  di Taman Jengka Impian, hampir siap.

 

Selain itu, ziarah kebajikan berterusan di sekitarnya dilakukan secara teratur setiap bulan.

 

Makcik Kamariah adalah kakak kepada Allahyarham aktivis PAS Ustaz Abdul Manaf Osman, dari Jengka 2.

 

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada Pak Deris, Cik Ibrahim dan team yang mewakili Pejabat Adun Jengka, serta PAS Cawangan Bandar Jengka yang sentiasa memberi khidmat kepada masyarakat,” ujarnya.

 

Dun Jengka dikelilingi keseluruhannya Tanah Rancangan Felda kecuali Bandar Tun Abdul Razak.