Home Berita PAS Pahang

Pecutan peperiksaan SPM untuk pelajar Semambu

33
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN


SEMAMBU, 5 Jan : Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Indera Mahkota telah mengadakan Program Kelas Persediaan Akhir Pecutan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Rumah Ngaji ROPU Kuantan baru-baru ini.

“Kejayaan ini bukan sahaja diukur dalam bidang akademik atau dapat melanjutkan pengajian ke menara gading sahaja tetapi dengan adanya usaha bersungguh-sungguh kejayaan boleh dicapai dalam bidang apa sahaja yang diceburi tanpa ada rasa malas dan putus asa,” kata Ketua Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2023.

Beliau menyeru kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2023 terus berusaha untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Beliau juga mengingatkan agar mereka tidak melupakan pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa serta guru-guru yang telah mendidik mereka sehingga mereka berjaya.

“Setinggi mana pun kejayaan kita di dunia, jangan tinggalkan akhirat. Kejayaan di dunia hanya sementara, tapi kita mahu kejayaan yang kekal di akhirat,” ujarnya lagi.

Seramai 30 orang pelajar yang bakal menduduki SPM 2023 telah menyertai program ini, dengan kehadiran guru-guru yang mahir di dalam bidang masing-masing bagi subjek teras menjadikan program ini menarik dan bermanfaat untuk mereka.