Home Berita PAS Terengganu

PDRM Hulu Terengganu laksana Ops Lancar bermula 26 April

28
SHARE

HULU TERENGGANU – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daerah ini membuat rondaan Ops lancar  sempena Pra Ops Selamat 18/2022 Hari Raya Aidilfitri  bermula pada 26 hingga 28 April ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata operasi itu bagi memastikan kelancaran kenderaan di setiap bazar dan jalan-jalan utama Daerah Hulu Terengganu.

“Pemantauan juga bertujuan untuk menunjukkan kehadiran polis demi menjamin keselamatan masyarakat dan mencegah jenayah serta kelancaran lalulintas.

“Pihaknya juga akan terus komited dalam memantau perkembangan semua jalan-jalan utama di daerah ini  bagi memastikan aliran trafik lancar serta  selamat  dan sekiranya berlaku kesesakan tindakan penyuraian akan dilakukan,”ujarnya.

Sementara itu, orang ramai di daerah ini yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya dinasihatkan mengisi borang yang disediakan di balai polis.

“Makluman itu memudahkan PDRM mengatur rondaan cegah jenayah di taman perumahan terlibat bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah seperti pecah rumah semasa musim perayaan,”ujar Mohd Adli