Home Berita PAS Perak

PDRM benteng utama keselamatan negara | Selamat Hari Polis ke 218

59
SHARE
“𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐤𝐞-𝟐𝟏𝟖” kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya yang bertugas di negeri Perak Darul Ridzuan.
PAS Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan serta komitmen anggota PDRM dalam menjaga keamanan, kesejahteraan, dan ketenteraman rakyat.
Semoga setiap titik peluh dan usaha yang dicurahkan oleh anggota polis mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Kami mendoakan agar PDRM terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjalankan amanah besar ini dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Sebagai benteng utama keselamatan negara, peranan PDRM amatlah penting dalam memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara. PAS Perak akan sentiasa berdiri teguh bersama pasukan keselamatan dalam usaha membangun sebuah masyarakat yang aman, berakhlak, dan sejahtera.
“Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada”
Sekian, Selamat Hari Polis ke-218!
PAS Perak
25 Mac 2025