Home Berita PAS Terengganu

PBB gesa siasat serangan israel ke atas hospital gaza

24
SHARE

Laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa oleh Pejabat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) menyatakan Serangan Israel ke atas hospital di Gaza telah mendorong sistem penjagaan kesihatan rantau itu ke “ambang kehancuran total”.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk. Berkata, ia menyebabkan “kesan malapetaka” terhadap akses rakyat Palestin kepada penjagaan kesihatan dan perubatan.

“Adalah penting bahawa ada penyiasatan bebas, teliti dan telus terhadap semua insiden ini, dan akauntabiliti penuh untuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa yang telah berlaku,” kata beliau

Serangan itu, yang didokumenkan antara 12 Okt. 2023 dan 30 Jun 2024, menimbulkan kebimbangan serius mengenai pematuhan Israel terhadap undang-undang antarabangsa, kata laporan itu.

Ia menambah, bahawa kemusnahan meluas infrastruktur penjagaan kesihatan Gaza mengakibatkan kehilangan nyawa yang ketara dalam kalangan pesakit, kakitangan perubatan, dan orang awam, memperdalam krisis kemanusiaan.

Dalam kebanyakan kes, Israel mendakwa kumpulan bersenjata Palestin menyalahgunakan hospital untuk tujuan ketenteraan.

Bagaimanapun, laporan itu menyifatkan dakwaan ini sebagai “kabur dan luas,” dengan bukti yang tidak mencukupi disediakan. Dalam sesetengah kes, tuduhan itu kelihatan “bercanggah dengan maklumat yang tersedia secara umum.”

“Perlindungan hospital semasa peperangan adalah penting dan mesti dihormati oleh semua pihak, pada setiap masa,” kata Turk.