Home Berita PAS Terengganu

Paya Bunga Hotel terima Anugerah Best Family City Hotel

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Paya Bunga Hotel terus mencatat sejarah apabila  dianugerahkan  ‘Best Family East Coast City Hotel’ sempena Anugerah Industri Pelancongan (TIA) 2024, baru-baru ini.

Pengurus Besarnya, Abdul Hadi Alias berkata kejayaan itu menjadi bukti komitmen dan dedikasi Paya Bunga Hotel dalam menyediakan perkhidmatan serta hospitaliti yang terbaik kepada para tetamu khususnya keluarga.

“Ia sekali gus mencatat kejayaan manis buat mereka selepas mencipta beberapa kejayaan sebelum ini serta meraih banyak anugerah dan disifatkan sebagai pembuka laluan untuk kecemerlangan berterusan sepanjang tahun ini.

“Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat warga kerja PB Hotel untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan dan komitmen yang terbaik kepada setiap pelanggan yang berkunjung ke PB Hotel,”katanya dalam satu kenyataan.

Majlis anugerah yang julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Tourism Industry Award 2024 telah  mempertandingkan sebanyak 80 kategori yang melibatkan pelbagai bidang seperti agen pelancongan, seni budaya, perkhidmatan makanan dan lain-lain.

Anugerah tersebut bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat industri pelancongan dan hospitaliti yang telah menyumbang secara signifikan dalam bidang mereka.