Home Rencana PAS Selangor

Patuhi SOP penyembelihan di Eidul Adha – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

6
SHARE

May be an image of headscarf and text

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Hjh. Wan Hasrina Binti Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 yang bermaksud,

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”.

Eidul Adha atau Hari Raya Korban iaitu hari raya yang dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji. Umat Islam disyariatkan untuk melakukan penyembelihan iaitu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan.

Tahun ini, alhamdulillah kita masih dapat menyambut hari raya korban walaupun dalam pandemik dengan SOP yang digariskan. Bukan sekadar hari raya sebagai hari kegembiraan tetapi juga hari ketaatan.

Jadikan haiwan korban kita sebagai wasilah ketaatan kepada Pencipta, bukanlah musibah seiring dengan pertambahan kes semasa covid-19 di negara kita.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menyeru kepada seluruh masyarakat untuk sama-sama kekal menjaga SOP ketika hari raya terutama ketika proses penyembelihan dan pengagihan daging. Jadikan apa yang telah berlaku selama ini, sebagai iktibar untuk kita berwaspada dalam apa jua tindakan.

Saya akhiri ucapan dihari mulia ini dengan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam di seluruh negara. Semoga Allah terima amalan ibadat kita dan amalan korban pada tahun ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor