Home Berita PAS Perak

Pasukan jentera PAS Teluk Intan ke DUN Sungai Burung

165
SHARE

Oleh : NurAsilah Noor

TELUK INTAN, 10 Julai : Pasukan Jentera Teluk Intan telah menyahut seruan untuk turun bantu ke UDM Sungai Burung Utara dan Selatan awal pagi semalam.

Seramai hampir 30 orang terdiri daripada Dewan Muslimat, Team Kempen Dewan Ulamak dan lain-lain yang merangkumi Jentera Perikatan Nasional, Teluk Intan memenuhi ‘homestay’ Rumah Dsawah, Batu 12 Sungai Burung bagi mendengar taklimat pergerakan lokasi yang ditetapkan.

Keadaan hujan yang agak lebat tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan yang mengambil masa sekitar 1 jam atau lebih.

Setelah taklimat gerak kerja disampaikan, kami bergerak mengikut 10 kumpulan bersama penunjuk arah ahli setempat bagi mendapatkan maklumat asas pengundi.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong Karang, Mohd Zamri Mohd Zainuldin, ada 4 perkara yang perlu diambil perhatian ketika menyantuni pengundi antaranya adalah memastikan kewajipan mengundi dipenuhi.

Rata-rata, penerimaan masyarakat adalah baik  (namun) penerangan secara berterusan perlu dilakukan agar pengundi mamahami dan dapat menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara.

Turut hadir, Timbalan Yang DiPertua PAS, Rostam Malek, Naib Yang DiPertua, Mohd Khairi Jamaluddin, Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas dan ahli jawatankuasa yang lain.