Home Berita PAS Terengganu

PASTI Terbakar: EPIC Berhad, MB Salur Bantuan Segera

1
SHARE

KEMAMAN – EPIC Berhad bersama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah RM10,000 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Raudhatul Athfal, Kampung Bakau Tinggi, Chukai susulan insiden kebakaran yang menjejaskan hampir separuh struktur bangunan tersebut.

Bantuan melalui Tabung Bencana Kebakaran Kumpulan EPIC itu disampaikan sebagai langkah segera bagi meringankan beban pengurusan PASTI, selain memastikan usaha pemulihan dapat dirancang dengan lebih teratur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Ts. Muhtar Suhaili turut hadir dalam penyerahan tersebut, menggambarkan komitmen berterusan syarikat berkaitan kerajaan negeri dalam menyokong institusi pendidikan dan kebajikan komuniti setempat.

Usaha segera ini sekali gus menunjukkan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam menangani kejadian kecemasan serta menjamin kesinambungan pendidikan awal kanak-kanak di Terengganu.