Home Rencana PAS Selangor

PASTI Tanjong Karang sedia menghadapi gangguan bekalan air – PASTI Kawasan Tanjong Karang

13
SHARE

“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor

Oleh : PASTI Kawasan Tanjong Karang

Umum mengetahui bahawa bermula esok kebanyakan lokasi di Selangor akan berhadapan dengan Gangguan Bekalan Air Berjadual selama 4 hari berturut-turut. PASTI-PASTI yang berada di kawasan Tanjong Karang kebanyakannya turut terjejas akibat gangguan air berjadual yang timbul.

Dewan Pemuda PAS dan PASTI Kawasan Tanjong Karang telah mengambil langkah siap siaga dimana setiap pasti yang akan mengalami ganguan air telah dibekalkan dengan tong air bagi menampung keperluan operasi sekolah.

Menurut laporan, PASTI-PASTI di bahagian cawangan turut mengambil inisiatif dengan menakung air di bekas yang sedia ada serta di tangki simpanan air bangunan.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Amal Tanjong Karang yang telah bertungkus lumus menghantar tong air ke pasti- pasti yang bakal terjejas. Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi kemudahan buat anak-anak pasti di Tanjong Karang.

12 Oktober 2021 | 5 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor