PASTI Seluruh Selangor Kembali Beroperasi Bersemuka – “PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Ust Mohd Faizol Bin Endut
Pengarah PASTI Negeri Selangor
Hari ini 4 Oktober 2021 adalah hari pertama persekolahan secara bersemuka setelah beberapa bulan berlalu pembelajaran atas talian (PdPr).
Alhamdulilah, anak-anak Pasti kembali ke sekolah dengan penuh semangat. Ibu-bapa kembali ceria menghantar anak-anak syurga ini bagi kesinambungan serta keberkesanan pendidikan.
Para guru muallimah Pasti bersiap sedia menyambut kehadiran anak-anak ke pasti dengan penuh senyuman serta layanan kasih sayang. Pihak pengurusan Pasti semua peringkat “turun padang” melihat serta memantau keadaan hari pertama persekolahan.
Semua merasai nikmat ini setelah agak lama operasi bersemuka tidak dibenarkan kerana wabak pandemik COVID-19.
Kesempatan ini, saya mengingatkan kepada seluruh warga Pasti serta ibu-bapa yang dihormati supaya sentiasa waspada menjaga kesihatan dan keselamatan. Patuhi SOP yang ditetapkan. Jaga kebersihan dengan membasuh tangan, awasi penjarakkan serta sentiasa pemakai penutup muka.
Semoga nikmat hari ini berpanjangan dengan izin Allah. Kita doakan semoga dipelihara seluruh warga Pasti serta ibu-bapa daripada dijangkiti wabak COVID-19.
“Kepada Allah kami berserah, selamat kembali ke sekolah”
4 Oktober 2021 | 27 Safar 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#KitaJagaKita
#IslamTolakFitnah
#IslamMemperkukuhPerpaduan