“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
PUCHONG, 14 Oktober – Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ustaz Mohd Faizol Endut merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor bersama Team Kebajikan PASTI Negeri Selangor semalam, telah turun menyantuni anak PASTI yang kehilangan ibu dan ayah akibat COVID-19.
Mereka diiringi Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong, IM Syed Faris bersama team Kebajikan PASTI Kawasan Puchong.
Menurut Team Kebajikan PASTI Selangor, mereka telah menyantuni adik Mohd Hawwaz yang merupakan pelajar PASTI Lestari PUTRA bersama 4 lagi adik-beradiknya menjadi yatim piatu apabila ayahnya meninggal dunia pada bulan Julai dan diikuti ibunya yang meninggal pada khamis lepas.
“5 beradik yang menjadi yatim piatu ini akan dijaga oleh datuk dan nenek mereka disebelah arwah ibunya”, jelas Team Kebajikan PASTI Selangor.
Team Kebajikan PASTI Selangor telah turun menyampaikan sedikit sumbangan buat adik Haawaz sekeluarga. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Kawasan Puchong memimpin bacaan doa buat seluruh keluarga adik Hawwaz sambil diaminkan sekali oleh Dato’ Seri Najib Razak dan juga hadir sama ke rumah adik Hawwaz.
PASTI Selangor turut menyantuni Keluarga adik Alya Arissa dari PASTI PRIMA bizwalk yang juga kehilangan ayahnya dalam kemalangan jalan raya pada isnin lalu.
“Semoga Allah SWT merahmati seluruh keluarga ini, dan kita doakan semuanya tabah dan sabar menghadapi ujian ini.”, ujar Ustaz Mohd Faizol.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor