Home Berita PAS Selangor

PASTI Selangor pantau perkembangan operasi sepanjang COVID-19 – Pengarah PASTI Selangor

487
SHARE

May be an image of one or more people, screen and text

“PASTI D’Hati” | Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Selangor | PASTI Selangor mengadakan mesyuarat berkala bagi mendapat perkembangan terkini serta perkongsian keadaan semasa di 22 kawasan sepanjang beroperasi PASTI selepas Hari Raya Aidilfitri. Rata-rata memaklumkan keadaan terkawal dan pematuhan SOP sangat dititikberatkan.

Pengarah PASTI Selangor Ustaz Mohd Faizol Endut ketika dihubungi memaklumkan “tiada daya upaya kami melainkan kuasa dan kekuatan daripada sang Pencipta. Semoga Allah SWT pelihara warga PASTI daripada wabak COVID-19 serta permudahkan segala urusan kami”.

“Kerjasama yang baik daripada ibubapa /penjaga saling memahami serta bertanggungjawab untuk kemaslahatan anak-anak syurga ini dan semua pihak yang prihatin dengan kelangsungan PASTI, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih”, ujar beliau lagi.

Pengarah PASTI Selangor itu menyeru agar terus mencurahkan khidmat bakti dan bekerja buat para muallimah PASTI seluruh Selangor secara bersemuka atau atas talian, kalian adalah murabbiah buat anak-anak ini. Juga buat seluruh ALP, Pengerusi PASTI Kawasan, MGP serta seluruh warga PASTI.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor