Home Artikel PAS Sabah

PASTI Saidina Uthman Johan pertandingan PASTI Patriotik.

171 views
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis

20 September 2019.

SANDAKAN : PASTI Saidina Uthman Bin Affan telah dinobatkan sebagai Johan bagi pertandingan PASTI Patriotik yang melibatkan saingan 15 buah PASTI dalam kawasan Sandakan.

Penyerahan hadiah kemenangan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Sandakan, Mohd Ramlan Pandi pagi tadi di Taman Mawar, dekat sini.

Naib Johan dan Tempat Ketiga pula masing-masing telah disandang oleh PASTI Abdul Rahman Bin Auf, Taman Rimba dan PASTI Ubay Bin Ka’ab, Taman Permata.

Setiausaha PASTI Sandakan, Mustaman Mustain yang turut hadir dalam majlis tersebut menjelaskan bahawa pertandingan diadakan sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang baru-baru sahaja berakhir.

Pertandingan yang bermula 3 Ogos 2019 hingga 16 September 2019 itu telah dinilai dari tiga aspek iaitu kriteria hiasan, kriteria aktiviti yang dilaksanakan dan kriteria reaksi facebook yang dibuat di laman facebook rasmi PASTI Sandakan.

Tambahnya, pertandingan ini bukan sahaja bagi menggalakkan penyertaan ibu bapa dan murid dalam menjayakan aktiviti malah turut menanam sifat patriotik dalam kalangan warga PASTI.

Jelas Mustaman, pertandingan yang julung kali diadakan di PASTI seluruh Sandakan ini akan turut dilaksanakan pada tahun akan datang kerana memberi impak yang positif kepada PASTI secara keseluruhannya.