Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis Rayu Sumbangan Kebajikan Guru

778
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PASTI Negeri Perlis hari ini melancarkan kempen Sumbangan Infaq Kebajikan Guru-guru PASTI Perlis sebagai langkah membantu menjaga kebajikan para gurunya.

Pengarahnya, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil ketika dihubungi berkata, menerusi kempen berkenaan, pihaknya merancang untuk memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada para guru.

“Harga untuk sebakul berjumlah RM50 dan PASTI Negeri Perlis telah meletakkan sasaran minimum sebanyak 200 buah bakul untuk diinfakkan oleh orang ramai melalui kempen ini.

“Orang ramai khususnya ibu Bapa, murid dan alumni PASTI sangat dialu-alukan untuk bersama-sama kami dalam menjayakan kempen yang dilancarkan sempena Ramadhan ini,” ujarnya.

Katanya lagi, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB bernombor 09010010050299 atas nama Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI).

Setiap sumbangan yang dibuat tambahnya lagi, perlu disertakan dengan bukti sumbangan yang dihantar kepada pihaknya menerusi e-mel di alamat  pastiperlis2012@gmail.com atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 0138766463 untuk tujuan rekod.