Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis Komited Bantu Guru Kuasai Jawi

1090
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : PASTI Negeri Perlis akan terus memberikan khidmat bimbingan kepada para guru bagi memastikan mereka mampu melaksanakan PdPC Jawi dengan baik di PASTI masing-masing.

Demikian ditegaskan Ustaz Noryusry Mansor yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Perlis, ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Bengkel Jawi PASTI Negeri Perlis pada 26 Ogos yang lalu.

Katanya, pihaknya turut merancang untuk mengadakan bengkel-bengkel lanjutan khusus bagi membekalkan para guru dengan ilmu-ilmu baharu yang boleh meningkatkan lagi kemahiran PdPC mereka.

Selain itu, para guru turut disaran supaya mempelbagaikan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran bagi merangsang minat murid-murid terhadap pelajaran Jawi.

Seramai 23 orang guru PASTI telah mengikuti bengkel sehari anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis yang telah diadakan di PASTI Nurul Hayah, Santan, Perlis.