Home Artikel PAS Perlis

PASTI Perlis Anjur Bengkel, Tingkat Pemahaman Kurikulum Bahasa Arab

137 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dalam usaha meningkatkan pemahaman guru terhadap Kurikulum Bahasa Arab PASTI, PASTI Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Bahasa Arab PASTI Negeri Perlis pada 24 Jun 2018.

Seramai 82 orang guru PASTI dari seluruh negeri Perlis telah hadir dalam program yang diadakan di PASTI Bestari Tarbiyatul Atfal, Jejawi, Perlis.

Sepanjang bengkel selama sehari, para peserta telah diberikan pendedahan kepada teknik mengajar Bahasa Arab secara berkesan.

Selain itu mereka juga turut menduduki ujian kefahaman yang diadakan pada sesi terakhir bengkel, bertujuan bagi mengenal pasti tahap penguasaan para peserta.

Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abdul Jalil.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan harapan agar semua peserta dapat melaksanakan setiap resolusi bengkel di samping sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Arab yang merupakan antara subjek teras dalam sistem pendidikan PASTI.