Home Artikel PAS Perlis

PASTI Perlis Anjur Bengkel Mantapkan Pelaksanaan Kurikulum Pra Tahfiz

108 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Ke arah memantapkan lagi pemahaman serta pelaksanaan Kurikulum Pra Tahfiz PASTI dalam kalangan guru-guru, satu Bengkel Pemantapan Kurikulum Pra Tahfiz PASTI Negeri Perlis telah diadakan pada 3 Mac yang lalu, bertempat di PASTI Al Hidayah, Padang Kota.

Bengkel selama setengah hari berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis.

Seramai 99 orang peserta terdiri daripada guru-guru PASTI dari seluruh negeri Perlis telah mengikuti bengkel tersebut.

Menurut ALP PASTI Negeri Perlis, Ustaz Noryusry Mansor, selain bengkel berkenaan, PASTI negeri Perlis turut merancang untuk melaksanakan beberapa program lagi ke arah meningkatkan profesionalisme para guru PASTI.

Antaranya ujar beliau, adalah Kursus Peningkatan Pra Tahfiz serta Kursus Peningkatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Sepanjang berbengkel, para peserta telah mengikuti sebanyak lima buah slot iaitu Pengenalan Kurikulum Pra Tahfiz, Pengurusan RPH dan Jadual, Kaedah PdP Pra Tahfiz, Kemahiran Tajwid dan Pemantapan Bacaan serta BBM Pra Tahfiz.