Home Berita PAS Perlis

PASTI Negeri Perlis Martabat Tulisan Jawi

2017
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

ARAU: Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Jawi di PASTI Bestari Tarbiyatul Atfal, Jejawi pada 28 Oktober lalu.

Program tersebut telah melibatkan guru-guru PASTI dari seluruh negeri Perlis.

Menurut Pengarah PASTI negeri, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, tulisan jawi merupakan sebahagian subjek teras yang ada dalam sistem pendidikan PASTI.

Ia merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan Islam kepada murid-murid sedari kecil lagi.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran jawi yang berkesan untuk membantu guru khasnya di dalam kelas.

Antara perkara yang diajar ialah mengenal huruf, kaedah penulisan, praktikal penulisan seterusnya kaedah membaca tulisan jawi.