Home Berita PAS Pahang

PASTI Mujtahid Jengka 14 ketiga terbaik seluruh negara

1182
SHARE
Ustaz Shahril menyerahkan printer kepada Yusri (berbaju biru)

 

PASTI Mujtahid Jengka 14 bukan sebarang pusat pendidikan awal kanak-kanak. Tidak jauh dari Bandar Tun Razak Jengka, pada tahun 2016 telah dianugerahkan oleh PASTI negeri Pahang sebagai PASTI terbaik peringkat negeri. Malah pada tahun yang sama juga telah mendapat anugerah PASTI ketiga terbaik peringkat kebangsaan.

 

Pada ketika ini PASTI Mujtahid beroperasi pada sesi pagi dan bertindah sebagai SRITI pada sesi sebelah petang. Insyaallah ia bergerak kehadapan selangkah lagi, pada tahun hadapan akan membuka kelas hafazan al Quran sepenuh masa, berasrama dengan pengambilan pelajar seramai 10 orang sahaja peringkat permulaan.

 

Selain melaksanakan tugas mendidik anak bangsa, PASTI ini juga mengambil peranan sebagai penggerak kebajikan dengan menjadi pengantara antara dermawan penyumbang dengan anggota masyarakat yang memerlukan.

 

Team Mujtahid telah mengambil inisiatif membantu sekadar termampu golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang perlu di bantu, terutama pada Ramadhan dan menjelang hari raya baru-baru ini.

 

Hari ini Adun Jengka Ustaz Shahril Azman alHafiz telah mengadakan lawatan kerja ke PASTI tersebut dan menyampaikan sumbangan printer untuk kegunaan pejabatnya sebagai penghargaan tambahan diatas kesungguhan pihak pentadbir menguruskan perjalanannya.

 

Turut bersama ialah Ketua Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Kuala Krau, Cikgu Fataf. Mereka juga sempat meninjau kawasan sekeliling dan memberikan beberapa pandangan kepada pengerusinya saudara Yusri.

 

“Hasrat kami, bukan sahaja ingin menjadikan DUN Jengka maju dari sudut ekonomi bahkan hasrat menjadikannya sebagai pusat pendidikan dan penyebaran ilmu menjadi kenyataan, insyaallah,” katanya.

 

Sementara itu PASTI Mujtahid masih lagi memerlukan dana untuk menyiapkan bangunan tambahan yang menelan anggaran belanja sebanyak RM120,000. Bagi yg ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi 011-17980042 (Yusri) atau 09-4661452(pejabat).