Home Berita PAS Sabah

PASTI membentuk sahsiah kanak-kanak 4-6 tahun

119
SHARE

Oleh: Mohd Faiz Farizan bin Saidin
12 Jun 2023

TUARAN: PASTI adalah sebuah institusi pendidikan Islam awal kanak-kanak yang tiada tolok bandingnya, kata Penasihat PASTI Tuaran, Salman bin Muhammad Amin.

“Penerapan sistem tarbiyah Islam di bawah asuhan PASTI sangat mempengaruhi konsep pembentukan sahsiah kanak-kanak seawal usia 4 hingga 6 tahun.

“Semua ini hasil didikan para guru PASTI yang sangat memahami manhaj pendidikan Islam yang sebenar,” ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Tuaran.

Salman juga menyatakan bahawa perjuangan dalam melahirkan generasi yang menjunjung ajaran rabbani merupakan cabaran utama pada zaman ini.

Bersempena sambutan Hari Guru, Pihak Pengurusan PASTI Kawasan Tuaran telah meraikan 12 orang guru yang telah berkhidmat di PASTI Al-Iman, PASTI Al-Fath dan PASTI As-Syafie.

Tokoh Guru Nahdiah telah dianugerahkan kepada Cikgu Roshidah binti Abu Othman, guru PASTI Al-Iman Tuaran yang juga merangkap Pengerusi Majlis Guru PASTI Tuaran yang sangat berdedikasi dalam menterjemahkan dan mempromosikan modul pendidikan PASTI sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran Islam yang unggul.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Sabah, Salman bin Muhammad Amin, Ketua Dewan Pemuda PAS Tuaran, Muhammad Zarif Siraj bin Rusbi, Ketua Dewan Muslimat PAS Tuaran, Ustazah Siti Armah binti Bakar dan Ketua Penerangan PAS Tuaran, Muhammad Shazwan bin Saffie.