Oleh : Nur Marlyannah Umar
4 Oktober 2024
LAHAD DATU : PASTI Lahad Datu mengambil pendekatan dalam menyemarakkan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Kemeriahannya tetap dirasai walaupun disambut dalam keadaan sederhana di premis-premis PASTI, di sini, kelmarin.
Pengerusi PASTI Kawasan, Landari Labobo berkata sambutan Maulidur Rasul ini merupakan program tahunan yang diadakan di setiap PASTI bagi memperingati perjuangan Nabi dalam kalangan murid-murid.
“Ini adalah sambutan yang setiap tahun kita raikan bersama di setiap PASTI Cawangan dengan berarak di kawasan berhampiran.
“Sebagai umat Islam, kita seharuskan menzahirkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dengan meraikan hari kelahiran Baginda, berselawat dan mengajak orang ramai turut berselawat dan menyebarkannya,” ujarnya lagi.
Beliau juga mengajak umat Islam terus mempelajari keperibadian dan perjuangan Nabi Muhammad SAW agar menjadi teladan dalam kehidupan seharian.