Home Berita PAS Sabah

PASTI Kota Marudu bantu keluarga mangsa kemalangan

219
SHARE

 

Oleh : Suziana Ghani

18 Ogos 2021

KOTA MARUDU : Seorang pelajar PASTI Al-Hikmah, Kota Marudu yang kematian bapanya akibat kemalangan pada 28 Mei lalu telah menerima sumbangan daripada PASTI Kota Marudu di sini, Ahad lepas.

Adik Nurinsyirah Joseph, 5 telah menerima sumbangan wang tunai bernilai RM1055 beserta bakul makanan berupa beras, minyak masak, sardin, tepung gandum, biskut, coklat dan bihun.

Menurut Pengerusi PASTI Al-Hikmah, Shahruddin Mat Rayah, sumbangan merupakan hasil kutipan derma kilat yang dilakukan di kalangan ibubapa PASTI.

“Kami lewat dimaklumkan oleh ibu pelajar tentang kematian bapa pelajar kepada guru PASTI dan hanya mendapat makluman pada 28 julai lalu.

“Semoga dengan sumbangan daripada ahli jawatankuasa, ibubapa dan alumni PASTI ini dapat meringankan beban keluarga mangsa dan moga diberkati Allah.

“Isteri mangsa turut melahirkan rasa kesyukuran atas sumbangan yang diberikan. Dan berharap anaknya akan terus belajar di PASTI hingga tamat,” ujar Shahruddin.

Turut hadir menyampaikan sumbangan, bendahari PASTI Al-Hikmah, Akmal Hamid.