Home Berita PAS Sabah

PASTI ke arah melahirkan guru yang terlatih, cekap dan berkualiti

109
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
21 Ogos 2023

Tawau : Jabatan PASTI Negeri Sabah telah berjaya melaksanakan kursus Diploma pendidikan Awal kanak-kanak DPAK semester 7 bertempat di Dewan Asnur Tawau, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Institut Latihan PASTI Malaysia bahagian Latihan  pengurus, Ustaz  Helmi Affandi  berkata, Institusi PASTI  telah menyediakan Modul yang komprehensif mengikut keperluan semasa dalam pendidikan bagi meningkatkan ilmu keguruan bagi Guru PASTI.

“Penyediaan modul itu adalah bertujuan untuk menjadikan guru-guru ini lebih terlatih, cekap dan berkualiti dalam mendidik murid PASTI agar lebih berpotensi sejajar dengan misi PASTI,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan.

Sementara itu Ketua Sektor Pendidikan Dewan pemuda PAS Sabah, Rosli Hasani menzahirkan ucapan tahniah kepada Guru PASTI yang terlibat dalam kursus itu,

“kita mengharapkan juga agar Guru-guru ini terus istiqamah untuk membantu perjuangan ini sebagaimana yang telah diajarkan dalam Al Qur’an dan Hadis bagi memastikan pendidikan Islam terus diterapkan kepada anak-anak di PASTI,” jelasnya ketika berucap merasmikan program kursus berkenaan.

Seramai 110 Guru telah berjaya mengikuti kursus ini selama 2 hari 1 malam yang akan dijangka bakal bergraduasi pada tahun ini.

Hadir sama dalam program itu ialah, Setiausaha ILPM, Bob Affindi, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Sabah, Karim Dullah, dan Setiausaha Jabatan PASTI Negeri Sabah Suryanshah Idris.