Home Berita PAS Perlis

PASTI Kawasan Arau Raih KPI Kawasan Terbaik Negeri Perlis

2186
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

JOHOR BAHRU : PASTI Kawasan Arau berjaya meraih anugerah KPI Kawasan Terbaik Negeri Perlis bagi tahun 2017 pada Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2017 yang telah berlangsung pada 16 Disember 2017 di Goodhope Hotel, Skudai, Johor.

Anugerah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda PAS Malaysia kepada Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abdul Hadi Halipah.

Selain itu, seorang pelajar PASTI dari Kawasan Arau, Dayyan Ifwat Mohd. Fikry Hidayat turut muncul sebagai penerima anugerah dalam majlis berkenaan.

Beliau yang merupakan pelajar PASTI Al-Huda, Pauh, telah terpilih menerima hadiah bagi Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Malaysia 2017 (Negeri Perlis) bagi kategori 5 tahun.

Anugerah yang sama bagi kategori 6 tahun pula disandang oleh Nuha Zahra Mohamad Fauzi dari PASTI Al-Irsyad Taman Utama, Kangar.

Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia yang diadakan setiap tahun ini menjadi platform pengiktirafan kepada para pelajar dan pengurusan PASTI seluruh Malaysia, yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dinilai.