Home Artikel PAS Perlis

PASTI Kawasan Arau Johan Keseluruhan Alam Ria PASTI Perlis

760
SHARE

ARAU : PASTI Kawasan ARAU telah dinobatkan selaku johan keseluruhan Alam Ria PASTI Negeri Perlis yang telah berlangsung pada 29 Julai lalu, bertempat di Kompleks Pendidikan MADI, Arau, Perlis.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih PASTI Kawasan Kangar dan PASTI Kawasan Padang Besar.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Azmir Azizan.

Para pemenang bagi setiap acara akan mewakili Negeri Perlis ke Alam Ria PASTI Malaysia yang akan berlangsung pada 18 Ogos 2017 di Dewan Millienium Kepala Batas , Pulau Pinang.

{jathumbnail off}