Home Artikel PAS Perlis

PASTI Kangar Santuni Guru Ditimpa Musibah

212 views
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR: Kesusahan yang ditanggung Puan Roselina bt Hamid telah mendapat perhatian PASTI Kawasan Kangar yang telah membuat kunjungan mahabbah ke kediaman beliau pada 11 Oktober yang lalu.

Rombongan PASTI Kawasan Kangar diketuai Pengerusinya, Encik Mohd Suhairi B Ghazali. Turut serta dalam rombongan berkenaan,  Pengarah MTD Kuala Perlis, Encik Fuad Bakar , Penyelia PASTI Kawasan Kangar, Puan Ferdaus Mohd Noor, AJK PASTI Kawasan serta Guru-Guru PASTI As-Syuhada.

Puan Roselina, antara tenaga penting PASTI As-Syuhada, kini terpaksa memikul tugas sebagai ketua keluarga setelah suaminya disahkan mengalami strok akibat kemalangan jalan raya yang pernah menimpanya 4 tahun yang lalu.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata yang berusia 13 tahun.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Puan Roselina, bolehlah menghubungi Bendahari PASTI Kawasan Kangar, Encik Mohd Hafizul bin Abdul Ghani. Bantuan berbentuk kewangan mahupun barangan keperluan harian amatlah dialu-alukan.

Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan terus ke akaun PASTI Kawasan Kangar menerusi akaun berikut:

PASTI KAWASAN KANGAR
BANK MUAMALAT : 0901 00 0241 9717