Disepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini, pelbagai pengalaman baru di timba dalam pengurusan PASTI. Lebih-lebih lagi saat berdepan dengan masalah operasi PASTI terpaksa ditangguhkan.
Setiap satu isu silih berganti baik pada isu survival PASTI, guru-guru dan kelangsungan kelas murid. Pendekatan demi pendekatan baru digunakan bagi memenuhi keperluan ini dan kebaikan semua pihak.
PASTI Selangor mengambil ianya sebagai suatu yang sangat positif dan secara tidak langsung menjurus ke arah pengurusan yang lebih efektif.
2 Zulhijjah 1441H | 23 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan