Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19.
Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.
Tidak lupa bahawa selain dari anak-anak PASTI, guru-guru PASTI juga turut memperagakan pakaian berlambangkan Bendera Jalur Gemilang bagi mengambil semangat Hari Merdeka.
Kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk guru-guru PASTI dan anak-anak PASTI, PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63.
Pantun Buat Permata Hati PASTI Dewan
Bulan merdeka kini kembali..
Perjuangan perwira di sanjung tinggi..
Guru PASTI ilmu digali..
Keringat dicurah demi pertiwi..
Bulan Ogos sambut merdeka..
Sempena perjuangan para Panglima..
Semangat Guru PASTI sepenuh jiwa..
Gigih mendidik demi anak bangsa..
Laungan merdeka laungan keramat..
Detik sejarah bukti tersemat..
Guru PASTI pencetus semangat..
Demi anak didik ilmu disagat..
Kredit buat Ustaz Syarhan Humaizi Halim, penulis merupakan Pengerusi PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak merangkap Pengarah PASTI Malaysia.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
10 Muharram 1442H | 29 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor