Home Berita PAS Sabah

PASTI dedah pelajar persiapan menghadapi kecemasan

231
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
14 Oktober 2022

TAWAU: Pelajar perlu didedahkan dengan perkara asas serta pendedahan awal menghadapi kecemasan.

Menurut salah seorang guru PASTI Nurul Ain, Aisyah Latomba, perkara itu perlu diperkenalkan kepada pelajar seawal usia 5 dan 6 tahun sebagai langkah awal sekiranya berlaku kecemasan.

“Jadi pelajar tahu apa tindakan sewajarnya sekiranya menghadapi kecemasan,” ujarnya ketika lawatan sambil belajar ke Angkatan Pertahanan Awam, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, lawatan tersebut bukan sekadar menerangkan kepada pelajar tentang fungsi APM malahan mendidik pelajar untuk berjaga-jaga.

Program anjuran Jemaah ibu bapa dan guru (JIBG) PASTI Nurul Ain Batu 2, Jalan Apas itu dimulai dengan penerangan tentang kepentingan, tugas dan fungsi APM.

Selepas itu, petugas APM telah membuat demonstrasi langkah-langkah keselamatan kepada pelajar jika berlaku sebarang kecemasan.

Murid turut diberi peluang untuk menaiki bot APM, membuat latihan menangkap ular dan menyertai pertandingan mewarna .

Seramai 138 orang pelajar bersama 4 orang guru dan 12 ahli jawatan kuasa JIBG mengiringi program lawatan itu