Home Berita PAS Perlis

PASTI As Solehin 2 Juarai Alam Ria PASTI Kangar

1274
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lebih 700 orang, terdiri daripada para guru, peserta serta ibu bapa memenuhi Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) yang menjadi lokasi pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Kangar yang telah berlangsung pada pagi tadi.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu nasyid, kalam jamaie, azan, khutbah, hafazan, pidato, sajak dan bercerita.

Alam Ria kali ini tampil dengan sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila setiap peserta dalam acara nasyid serta sajak dikehendaki menghasilkan sendiri lirik nasyid serta sajak yang dipertandingkan.

Menurut pengarah Alam Ria PASTI Kawasan Kangar, Muhammad Hafizul bin Abd Ghani, persaingan sengit yang telah ditunjukkan oleh para peserta dalam setiap acara membuktikan kemampuan PASTI dalam melahirkan para pelajar yang berbakat dan berdaya saing.

“Kita juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua warga PASTI kawasan yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak ini sehingga berjaya tampil memberikan persembahan yang terbaik seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.

“Pada usia yang amat muda, persembahan mereka begitu mengagumkan, semuanya adalah hasil didikan, tunjuk ajar dan latihan guru-guru dengan kerjasama ibu bapa ,” katanya ketika ditemui di sini.

PASTI As Solehin 2, Behor Lateh dinobatkan sebagai johan keseluruhan edisi kali ini setelah muncul pemenang tempat pertama dalam acara nasyid dan bercerita (lelaki dan perempuan) manakala naib johan serta tempat ketiga pula menjadi milik PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi Dalam dan PASTI Al Hidayah, Padang Kota.