Home Artikel PAS Perlis

PASTI Al-Furqan Ungguli Alam Ria PASTI Arau

804
SHARE

ARAU : Alam Ria PASTI Kawasan Arau telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Julai 2017 bertempat di Kompleks Pendidikan MADI, Arau, Perlis.

Sebanyak 12 buah PASTI daripada seluruh kawasan Arau telah mengambil bahagian dalam 11 buah acara yang dipertandingkan.

Seperti tahun-tahun lalu, Alam Ria PASTI menjadi medan terbaik mencungkil bakat yang ada dalam kalangan para pelajar PASTI. Ternyata, PASTI saban tahun berjaya melahirkan para pelajar yang mahir menghafaz ayat-ayat suci al-Quran, bercerita, petah berpidato serta berani untuk tampil ke hadapan menyampaikan nasyid atau beraksi dalam acara kalam jama’ie.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, PASTI Al-Furqan telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan setelah berjaya merangkul tempat pertama dalam tujuh daripada 11 acara yang dipertandingkan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh PASTI Darul Hikmah, Jejawi Dalam dan PASTI Nafisatul Ilmi.

Para pemenang bagi setiap acara akan berentap dalam pertandingan Alam Ria PASTI Negeri Perlis yang akan diadakan pada 29 Julai nanti.

{jathumbnail off}