Home Berita PAS Pahang

PASTI Al Ansar anjur Hari Keluarga

1214
SHARE

MARAN – Pusat Asuhan Tunas PASTI Al Ansar Felda Jengka 3, di sini menganjurkan Hari Keluarga ke Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan dan Kolam Mandi Tahfiz Berhala Gantang, Lanchang, baru-baru ini.

Pengurusnya, Mohamad Nazirul Hazim Abd Manaf berkata, selain itu, anak-anak PASTI turut dibawa melawat ke Deerland serta menjalani aktiviti mewarna di Santuary Gajah.

Menurutnya, Johan bagi aktiviti tersebut disandang Muhd Daniel Mikail Shukri, manakala tempat kedua diperoleh Mohd Aqil Luqman dan Norsyazwana Mohd Zamri di tempat ketiga.

“Keluarga PASTI Felda Jengka 3 memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi secara konvoi disertai 13 pelajar 18 keluarga dari sini menuju ke Lanchang yang memakan masa perjalanan kurang dua jam.

“Aktiviti ini adalah bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim di kalangan guru, murid dan ibu bapa bersama pihak pengurusan PASTI Felda Jengka 3.

“Diharapkan dengan adanya Hari Keluarga ini kami dapat merakamkan sebaik-baik kenangan untuk anak-anak didik yang pernah menimba ilmu di sini,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir1970-an di mana perkembangan pendidikan berunsurkan Islamiah semakin pesat bagi menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan alternatif kepada sistem pendidikan sedia ada.

“Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam. Ibu bapa dialu-alukan untuk mendaftarkan anak-anak yang merupakan khalifah kecil ini ke dalam keluarga PASTI,” katanya.