Home Berita PAS Selangor

Pasca banjir: penduduk gembira dengan keprihatinan PAS – PAS Kawasan Kapar

116
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

MERU, 29 September – Keadaan banjir di Meru sudah mulai pulih. YDP PAS Kawasan Kapar, Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan serta pimpinan setempat termasuk Briged Muslimat telah turun menyantuni penduduk di Taman Seri Puteri, Pekan Meru.

Menurut tinjauan PAS Kapar, rata-rata penduduk yang ditemui menzahirkan ucapan terima kasih diatas keprihatinan dan kesungguhan PAS dalam membantu rakyat yang sedang diuji.

Penduduk turut meminta pandangan daripada Ust Noor Najhan selaku Mantan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengenai saluran mana yang mereka perlu gunakan untuk menyelesaikan isu banjir di taman perumahan mereka.

Ustaz Noor Najhan telah memberikan beberapa langkah yang perlu dibuat dan cuba turut serta untuk membantu.

“Moga semua yang diuji tabah dan redha serta terus berikhtiar mencari jalan penyelesaian yang terbaik”, ujar Ust Noor Najhan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor