Home Berita PAS Terengganu

Pasca Banjir: NGO giat turun padang, bantu bersihkan rumah rakyat terjejas

11
SHARE

HULU TERENGGANU, 3 Disember – Prihatin dengan musibah banjir yang menimpa penduduk di Daerah Hulu Terengganu, Badan Bukan Kerajaan (NGO), PAS Kuala Terengganu dan beberapa agensi turun padang membantu membersihkan rumah penduduk terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa penerangan,Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kita datang untuk memberi khidmat masyarakat kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN)Ajil.

“Kita bergerak dibawah payung Khidmat Malaysia dan memandangkan Negeri Terengganu salah sebuah negeri yang agak teruk terlibat dengan banjir kali ini, kita membahagi kepada beberapa pasukan untuk bergerak ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir.

“Bagi kawasan Kuala Terengganu, kita diarahkan untuk membantu DUN Ajil dan pada hari ini kita telah membahagikan petugas petugas bagi membersihkan dua buah masjid dan sepuluh buah rumah dalam kampung Kua dan Pengkalan Ajal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu menjelaskan, 100 orang sukarelawan terlibat dalam operasi kali ini yang melibatkan empat DUN di kawasan Kuala Terengganu.

“Selain di DUN Ajil,semua kawasan yang terjejas banjir seperti di Besut, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman kita akan turun,” katanya lagi.

Tambah beliau, misi membersihkan kediaman penduduk kebanyakkan bermula hari ini.

“Bila berlaku bencana banjir ini kita ada tiga fasa. Fasa pertama sebelum banjir, fasa kedua semasa banjir dan fasa ketiga selepas banjir,” ujarnya.