Home Berita PAS Terengganu

PAS yakin pertahan Kemaman

9
SHARE

MARANG – PAS Terengganu yakin kerusi Parlimen Kemaman akan kekal menjadi milik parti tu pasca Pilihanraya Kecil (PRK) pada 2 Disember nanti.

Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Dato’ Husain Awang berkata, walau bagaimanpun pihaknya tidak akan memandang mudah cabaran parti lawan kerana banyak cabaran perlu dihadapi.

Katanya, parti lawan mempunyai sumber kewangan mencukupi berbanding PAS.

“Justeru PAS dan ahli parti perlu berusaha mencari sumber kewangan untuk memenuhi keperluan PRK itu termasuk dengan mengadakan Majlis Makan Malam bagi Mengumpul Dana PRK Kemaman malam ini (semalam),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis berkenaan di Dewan Dato’ Harun Taib di Rusila di sini malam semalam.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Dato’ Mohd Nor Hamzah, ADUN Alur Limbat, Ariffin Deraman dan kepimpinan PAS negeri yang lain.

Kata Husain, setiap ahli parti perlu berganding bahu bagi memastikan kemenangan di pihak PAS.

“Yang penting ialah semua ahli PAS mesti mencari sumber kewangan untuk membantu memenangkan parti dalam mana-mana pilihan raya termasuk PRK Kemaman pada 2 Disember ini,” jelas beliau.