Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Ziarah & Tazkirah: Al-Quran Sebagai Penawar

1150
SHARE

KUALA LUMPUR, 25 November 2017 – PAS Zon Pandan telah berjaya menganjurkan Program Ziarah & Tazkirah serta penghayatan Al-Quran di rumah ibu En Fairuz selepas solat Isyak. Majlis yang disambut meriah oleh tuan rumah dan jiran tetangga itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat. Majlis tersebut juga bertujuan menziarahi bapa mertua En. Fairuz yang terlantar sakit hampir sepuluh tahun akibat strok.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah YDP dan AJK PAS Titiwangsa, Ketua Pemuda serta wakil daripada Dewan Pemuda dan Muslimat.

Majlis diserikan lagi dengan tazkirah ringkas lagi padat yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Raihan Abdul Aziz, Ketua Penerangan PAS Titiwangsa. Di dalam tazkirahnya beliau mengingatkan bahawa Al-Quran merupakan penyuluh hidup bagi umat yang mengamalkannya. Dengan Al-Quran hidup akan lebih tersusun dan selamat, juga sebagai penawar di hati dan jasad manusia.

“Ingatlah pesanan Rasulullah SAW bahawa mulianya seseorang dengan sebab memuliakan dan melaksanakan perintah al-quran dan hinanya manusia juga apabila menentang segala arahan dan perintah al-quran.” ujar beliau.

Majlis yang diadakan bukan sekadar menyampaikan tazkirah dan bacaan Yasin semata-mata, malah majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan penduduk Desa Pandan dengan PAS Titiwangsa demi memartabatkan Islam di Titiwangsa dan dalam mengamalkan politik matang dan sejahtera.

aura